Friday, June 22, 2012

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA

27 Mei 2012
hari pertama aku jejak kaki di UM
kali pertama jejak kaki di Kolej Kediaman 12
kali pertama jejak kaki di Dewan Gemilang
kali pertama jejak kaki di C745
kali pertama jejak kaki di tingkat 7 blok C KK12
kali pertama jejak kaki di DTC aka Dewan Tunku Canselor
kali pertama jejak kaki di kafe 12
segala2nya kali pertama di UM hari itu

DEWAN TUNKU CANSELOR.pfft

sampai shj di KK12 untuk sesi pendaftaran
aku terus rasa malas yg amat
kenapa?
kerana barisannya sangat panjang hanya Tuhan yang tahu
barisan dahla maha panjang
sekali kena pulak pergi ke bahagian hadaaappaan sekali untuk ambil borang
aku dengan segerombolan kemalasan menemani di belakang
apa lagi pergila juga ambil borang di depan 
dan ibu tolong jagakan tempat dalam barisan
I LOVE YOU IBU.hikhik
dalam berbaris tiba2 datangla zaynab
haha
sama2 berbaris
sama2 berdaftar
sama2 bengang dgn barisan
sama2 sebilik
pffft okay!
selesai daftar
bergerak ke bilik
hasrat nak naik lif tak kesampaian
memandangkan jalan nak ke lif je dah mcm kejadah
lalu dikuatkan hati untuk sampai ke bilik
ikutkan hati nak je aku balik terus,fed-up
LOL
tapi aku kuat!!cehs

KOLEJ KEDIAMAN RAJA DR. NAZRIN SHAH

dan petang tu ada taklimat sekian2
lepas taklimat, parents pun balik
ni la part paling sayu
aku yg dah duduk asrama separuh dekad pun still rasa kesayuannya di situ
huhu

maka bermulalah
seminggu yang ada orang kata menyeksakan
ada orang lain kata menyeronokkan
dan banyak lagi la yang orang2 lain nak kata
tapi 
bagi aku seminggu tu cukup mengajar aku macam2
heh

MINGGU HALUANSISWA PASUM 2012/2013

MHS kami dihandle oleh sekumpulan 60 orang manusia
60 orang manusia itu adalah pelajar PASUM sesi lepas
60 orang manusia itu digelar sebagai Pembantu Pelajar aka PP
PP kami baik
PP kami soleh dan solehah
PP kami x garang
PP kami lemah lembut
PP kami cakap ayat baik2 je
LOL
memandangkan aku malas nak cakap x baik pasal orang so
ini sahaja descriptions tentang PP yang mampu aku ingat dan tulis

NAMA2 PP KAMI

MHS memang ...
tak ada perkataan mampu aku tulis untuk describe MHS
pffft
banyak program yang di buat
banyak tarian yang kami pelajari
banyak cacian yang kami dengari
banyak pujian yang kami terimai
banyak perjalanan yang kami tempuhi
banyak kesabaran yang kami binai
dan banyak lagi la

XI SHUA SHUA
THROUGH MY WINDOW
ni 2 lagu yang kami nyanyi sambil menari
aku sebenarnya sampai sekarang tak faham motif menyanyi sambil menari
x salah menari, menari je la
x payahla nak penatkan otak buat multi-tasking
haisyhhh
tapi takpe
apakata just enjoy je semua ni
haha
and akhirnya aku suka la jugak menari ni
bhahahahahaahahahahah
tapi motif menyanyi sambil menari tu aku still x faham sampai sekarang
=='

benda yang paling aku akan ingat berkenaan MHS adalah
PERJALANAN KE MANA2
kerana aku benci la jugak cara kami berjalan
LOL
memandangkan kebanyakan program diadakan bukan di KK12 maka
setiap kali nak start program kena beratur
beratur sebelum mulakan perjalanan
macam kanak2 tadika gitu
tapi takpe!
bagi org yg dah turun awal,mahu kena tunggu setengah jam sebelum boleh gerak
kenapa?
kerana kita akan tunggu sehingga semua turun dan berbaris barulah kita boleh bergerak
PFFFFTTTT
dan semua orang tu adalah dlm 1000+ orang
aku tak boleh bayangkan kalau UIA PJ kena buat camni
=='
kebanyakan perjalanan adalah dari KK12-DTC
ada juga perjalanan dari
KK12-Dewan Peperiksaan
KK12-Bangunan PASUM
KK12-Padang Sukan
dan perjalanan paling jauh adalah KK12-Dewan Peperiksaan
aku pernah dengar student ambik cab dari KK12 pergi Dewan tu .bhahaha
yang paling aku tak tahan dalam proses perjalanan ni adalah
'MELINTAS JALAN DARI SEBERANG KE SEBERANG'
ni memang sorryla,aku memang tak tahan
students akan diarahkan untuk berlonggokan di bahu jalan
'RAPAT LAGI!'banyak kali diulang
dan bila jalan dah clear
'LINTASSSSS!!!!!!!'
sepenuh hati PP tu menjerit
aku memang jalan macam biasalah
yang lain memang berlari lintang pukang macam apa la kan
lalu je sebelah PP tu,aku nak je jolok dengan payung di tangan
tapi takpe!dia kan PP
sabar nadh sabar

LEBIH KURANG MACAM NI LAH PERJALAN KAMI,ANAK ITIK SUNGGUH

aku takde memori sangat untuk MHS ni
so tak ada banyak yang boloeh diceritakan ~
so
THE END MHS
sorry PP
sorry PASUMIANS


NEXT WEEKnya,
bermulalah dunia pembelajaran aku
setelah lebih 5 bulan tanpa pembelajaran secara formal
aku pelajar Asasi Sains Fizikal
di PASUM ada 3 aliran
-Asasi Sains Hayat
-Asasi Sains Fizikal
-Asasi Alam Bina
Mathematics,Physics,Chemistry and Comp Science-my subjects
2 minggu yang pertama jadual kami agak lengang
banyak masa yang terluang
mungkin untuk membiasakan pelajar dengan corak pembelajaran baru di sini
Dr. Zahrah-Physics
Dr.Faridah-Vector
Dr.Faridah S-Chemistry
Dr.Izlina-Physics
Mr Zack-Comp Scs
dan beberapa orang lagi..
kebanyakan tajuk pada awal semester pertama
 lebih berunsurkan pengukuhan kepada pengetahuan sedia ada pelajar
so agak relaxing la sebenarnya
kebanyakan sesi pembelajaran bagi 2 minggu pertama bagi pelajar fizikal adalah di
AUDITORIUM


kalau student fizikal takdela penuh sampai belakang
tapi budak hayat aku percaya penuh dan melimpah
kerana itulah budak hayat dipecahkan kepada 2 kumpulan besar
hayat1 dan hayat2
golongan alam bina adalah golongan minoriti di PASUM
manakala hayat adalah golongan majoriti

auditorium terletak di dalam bangunan PASUM


BANGUNAN BARU PASUM

bangunan PASUM terletak bersebelahan dengan bangunan AAJ
so dalam minggu kedua dah mula nampak pelajar persediaan ke Jepun di kawasan tersebut
bermula dari minggu haluansiswa sehingga ke minggu kedua
bilangan pelajar PASUM adalah semakin berkurangan
kerana ramai pelajar berjaya mendapat penajaan MARA,JPA dan banyak lagi
so masuk minggu ketiga PASUM mula menerima pelajar kemasukan kedua

dalam minggu pertama dan kedua macam2 berlaku
sesi beli buku di bangunan PASUM
sesi penyerahan dokumen perjanjian KPT
sesi mengetahui kelas/group tutorial masing2
(berdasarkan keputusan Placement Test anda)
masa beli buku paling sesak kat dunia
aku datang hari first,confirm2 la ramai
so datang hari kedua!
aku beli 3 buku = RM186.00
tu belum masuk lain2 lagi
lab coatnye lagi
buku MUETnye lagi
and banyak la lagi

tapi
minggu ketiga jugakla aku keluar dari PASUM ni
banyak benda aku belajar dari PASUM 
banyak pengalaman hidupla sebenarnya
so thanks PASUM

di kesempatan ni jugak ingin aku mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada
Zaynab-roommate
Iza-new buddy
Linda-new buddy2
pak cik kedai photostate
pak cik kedai western
dan banyak lagi la..

and
HYE KMB!


thanks~~~

Tuesday, May 22, 2012

 KISAH 1
orang1:yes anak,nak order apa?
orang2:saya nak order ayam panggang tapi yang bahagian paha,nasi putih campur halia sikit kasik separuh pinggan je,lauk sayur baby kailan saya nak 8 baby kailan je dalam pinggan tu,ikan siakap masak sweet sour tambah gula lebih sikit ea.tu je(dalam satu nafas je)
orang1:mintak maaf nak,boleh tolong ulang semula x,x sempat nak tangkap laju sangat?
orang2:saya nak order ayam panggang tapi yang bahagian paha,nasi putih campur halia sikit kasik separuh pinggan je,lauk sayur baby kailan saya nak 8 baby kailan je dalam pinggan tu,ikan siakap masak sweet sour tambah gula lebih sikit ea.tu je(dalam satu nafas je)
tiba-tiba ada kuali melayang...
KISAH2

orang3:cikgu nak tanya satu soalan,apa pandangan semua tentang pembinaan bangunan 900 tingkat di belakang sekolah kita ni?ada sesiapa yang nak jawab?
orang4:saya!saya!
orang5:saya boleh jawab cikgu!
orang 3:ermmm..cikgu nak kamu orang 6
orang 6:saaayyyaaa rrrraaassssaaa,eh eh bubukan bubukan,ppppaaaadddaa pppeeennddaappaattt ssaaayyyaa,bbbbaaaaannnngggguuuunnnnaaaan iittttuuu sssseeehhhhaaarrruusssnnnyyyaaa dddiiibbbiinnnaaa ssseeejjjjaaaakkk dddaaahhhuullluu lllaagggiii kkkeeerrraaannnaaa....ssaaayyyaaa aaddaa 88 sseebbbaabbb,sssseebbbaaabb yyyaannng pppeerrrttaammma

10 minit kemudian..

orang6:ssseeebbbaaabbb kkeeddduuua
orang3:SUDAH KAMU!DUDUK!!!!


bhahahaha..
nak percaya atau tidak tapi percayalah juga bahawa memang ada jenis manusia dari kedua-dua kisah di atas.

yang menjadi isu di sini ialah bagaiman kita menangani gelodak,kacau-bilau,tsunami,taufan yang melanda jiwa raga kita apabila berdepan dengan manusia-manusia ini.

memandangkan ada pelbagai jenis pendengar di dunia ini maka pastinya akan ada pelbagai reaksi juga.

REAKSI 1(manusia berapi-api)
KISAH 1
"iesyhh,ada jugak yang makan penumbuk aku ni karang!"
KISAH 2
"kau hidup dalam sehari ada berapa jam?240 jam yang kau nak cakap 'laju' macam ni?"

REAKSI 2(manusia tak berperasaan)
KISAH1
"kau pergi order kedai lain la..terima kasih datang lagi"
KISAH2
"awak boleh duduk dan jangan berani2 angkat tangan nak jawab.orang4 sila jawab"

REAKSI 3(manusia zaman 30-an)
KISAH1
"saya tidaklah mahu menjadi biadap apatah lagi mengguris hati saudara,namun seandainya saudara tidak keberatan maka bolehlah saudara mengulang kembali order saudara dengan lebih perlahan-lahan kerana kiranya saya kurang jelas akan apa yang saudara katakan sebentar tadi.maaf saudara atas kekasaran saya"
KISAH2
"sudahlah kamu,ada baiknya seandainya kamu duduk dahulu ya.Kita berikan peluang kepada rakan-rakan kamu yang masih menuungu untuk menjawab"(ceh,cikgu pun lebih kurang je)

REAKSI 4(manusia berjiwa mulia)
KISAH1
"maaf,boleh tolong ulang semula?saya kurang dengar tadi.maaf"
KISAH2
"mari saya bawa awak ke kelas kanak-kanak istimewa.mari ikut saya sekarang.." 


Kita yang diberi akal ini juga perlulah sentiasa bersangka baik apabila bertemu dengan manusia-manusia dari spesies yang berkenaan ini.

Mungkin KISAH1,
ibunya sedang sakit di rumah atau dia merasakan bercakap laju boleh membuatkan dia berasa menghargai masa yang ada yang singkat ini kerana masa yang selebihnya boleh diisi dengan benda lain..mungkin sahaja atau juga mungkin dia baru pulang dari mana2 negara bergolak lalu selepas sampai di KLIA terus mengambil teksi ke gerai tersebut bagi mengisi perut yang sudah 4 hari tidak diisi. 

Mungkin KISAH2,
dia gagap atau sewaktu kecil telah didera dan meninggalkan kesan trauma yang membuatkan dia merasa kecil untuk memperdengarkan pendapatnya kepada umum mungkin juga rakan meja sebelah mencubit-cubitnya semasa sedang cuba menjawab atau mungkin juga awek yang dia minati sedang memerhatikan dia menjawab soalan tersebut.

tugas kita adalah untuk BERSANGKA BAIK dan BERBUAT BAIK kepada semua~

thanks~ 



Saturday, May 12, 2012

PENGUMUMAN RASMI

Saya Fathin Nadhirah binti Khairuddin dengan ini ingin memohon maaf atas segala apa kesalahan yang pernah dilakukan.

SEGALA KESALAHAN seandainya ada terlakukan kepada sesiapa yang berkenaan.

memohon maaf sebelum terlambat.

*secara jujur saya dah lupa apa yang pernah dilakukan sepanjang hidup terutamanya kesalahan2 sendiri
seandainya ada yang berdendam,tidak puas hati atau mungkin ada rasa macam nak belasah saya, saya mengalu-alukan tanpa rasa menyesal semua itu sebelum terlambat

dari dalam hati SEJUJUR-JUJURNYA dan SEIKHLAS-IKHLASNYA sekali lagi memohon maaf.
semoga semua dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dalam kehidupan yang mendatang.
TERIMA KASIH dan MAAF SEKALI lagi~



Tuesday, May 8, 2012

Wednesday, May 2, 2012

1995
seorang kanak2 merangkak2 sambil melakukan tawaf  ruang tamu-dapur-bilik tidur-seluruh rumah!aktif la kanak2 tu kan. sambil melakukan tawaf, tangan dia mencapai semua benda yang ada dia atas lantai lantas disumbat masukkan ke dalam mulut kecilnya itu. semua benda!tiada yang terkecuali.LOL

sehinggalah suatu hari..
 
rangkakan pertama..kedua..ketiga..
AHAH..apa ni?(bisik hati kecil kanak2 tersebut)
 well this thing looks delicious.
tengok-capai-masuk mulut-kunyah-muntah balik
 
HAHA.apa seyh ni?
 
 
dan sehingga kini 2012..kanak2 tersebut yang sekarang sudah remaja BENCI kan halia.
rupa2nya..si ibu telah dengan gembiranya mencampakkan halia di sekeliling kawasan rondaan anaknya tersebut.
Maka, bermula dari hari tersebut, kanak2 tersebut tidak lagi tengok-capai-masuk mulut-kunyah semua yang ada di atas lantai.LOL


1998

yeay!zaman tadika bermula.
bangun pagi-ibu kejut(kdg2 ayah!)
mandi-ibu teman
solat subuh-ibu paksa.lol
masak sarapan-ibu masak
makan sarapan-ibu suap
pakai kasut-ibu tolong
LOL.semua ibu sbb ayah pergi kerja awal.huhu
hantar tadika-ibu hantar
masuk kelas-ibu pimpin tangan.bhaha
 
KRING!!!!!
 okay.dah kena masuk kelas-ibu balik-huhu
 pergh!sekali cikgu yang masuk x boleh bla mke garang kan.haha
 
 
 
                                                                                         WUWUWUWUWU
 
aku mmg sejak kecil lagi x tahan org marah2 nih.LOL(ada ke org yg tahan?!)
lalu...
 
1999
 
aku:haha,ibu..ibu..
ibu:yes sayang?
aku:tadika x best la
ibu:iye?(nada annoying yang aku pun buat sekarang) 
aku:haah.nk masuk sekolah pulak boleh x?
ibu:erk?=='(budak nih biar betul)
haha.betapa matangnya pemikran aku masa kecik.lol
 
 
2000 January
 
saya budak sekolah rendah!LOL
thanks ibu!
 
ibulah yang paling memahami
budak 6 tahun akhirnya mulakan sekolah rendahnya dengan gembira!
 
 
2006 
 
minggu peperiksaan UPSR...
 
sekolah saya kecil.jumlah calon pun x cukup untuk buat peperiksaan di sekolah.huhu.akhirnya terpaksa merempat di sebuah sekolah nun jauh di kemaman.bhaha.
 
dungun-kemaman(tak dekat, okay!) 
 
 
tapi..
setiap hari lepas habis periksa
aku mesti nampak ibu and ayah dah tercongok tunggu aku kat luar bangunan dewan periksa
sedangkan aku duduk asrama sepanjang periksa*terharu*
  
aku pun tak tahu kenapa ibuayah buat macam tuh
tapi yang pasti aku nnt pun akan buat mcm tuh bila anak aku periksa.lol
biar terkejut gitu!!!

yang pasti.TERIMA KASIH IBUAYAH~

and finally aku score 5A.hamdalah
 
                                                                               sorry pinjam.lol.tak tau siapa punya


2007
tahun ni aku akan masuk asrama.sekolah jauh kan,JOHOR!lol
 
ibu:nanti belajar rajin2 tau..
aku:okay(nada x serius lansung)
ibu:nanti jangan lupa call ibu setiap hari tau..
aku:setiap hari???
ibu:haha.takdelah acah je.paling2 koman pun seminggu sekali tau..
aku:owh kalau gitu okay koooooot..hikhik
ibu: nanti jangan lupa ibu pulak bila dah jumpa kawan..
aku:ibu...janganlah risau(slow je aku cakap.rasa sebak)
ibu:dah kemas barang2 tu
terus ibu keluar
dan aku x sedar yang rupa2nya ibu menangis
............................................................

hari lapor diri asrama

blablabla...
akhirnya keluarga kau pun nak balik
ala..ala..ala..jgn la balik~huhu

dan waktu balik tu ibu macam x nak je cakap dengan aku
kenapa?kenapa?kenapa?

2 hari kemudian..
(perbualan telefon)
ayah:macam mana asrama?
aku:okay le~
ayah:ramai kawan?
aku:RAMAI kot..(yelah nak beza dengan sekolah lama kau dulu..==')
selepas beberapa minit..
aku:ayah,ibu sihat?
ayah:sihat je.
aku:knp hari tu..
ayah:she was crying
terdiam terus aku.
 
 

tak lama kemudian aku call ibu pulak
and she was crying again...



HAMIDAH BINTI JANTAN
she is my ibu
always be my ibu
LOVE you ibu
selamat hari ibu!


 
 
 
   


 



Thursday, April 26, 2012


TURNING POINT
i already found mine

thank you ALLAH~
how about you?
find yours!!!
NOW

Wednesday, April 25, 2012

okay.
bismillahirrahmanirrahim

i am not a good writer
not even a good listener
not good to express feelings
but i will try

...

bila kita dah ada jalan yang terbaik
yang kita yakin dengan sepenuh hati terbaik
kenapa???
ramai antara kita(termasuk saya) yang akan cuba untuk menidakkannya
kenapa?

bila dah terang lagi bersuluh segala ayat dan dalil
menunjukkan yang jalan itu benar
kenapa kita masih cuba untuk menolakknya

CONTOHNYA
*orang dah muak dengan contoh
find it yourself la*

rupa-rupanya...
MANUSIA DICIPTA DENGAN EGO
selalu nak cakap yang idea dia betul
paling betul
dan orang lain salah
(golongan tertentu shj. harap maklum)

sampaikan sanggup menidakkan statement TUHAN
sanggup cipta ideologi sendiri
pastu ajak pulak orang lain untuk terima fahaman GILA dia tu
dan ini bukanlah ditujukan kepada fahaman2 besar sahaja
tapi untuk perkara dan fahaman2 kecil
yang kadang2 kita x sedar yang kita dah buat fahaman baru
samada dalam perbualan kosong kita dengan kawan2
atau pemikiran-angan2 kita masa lapang

SO
berhati-hatilah bila kita berfikir
jangan sampai kita melampaui batasan

x salah untuk bersabar dan berhati2
kerana
HIDUP kita ni pun bukanlah lama mana
dalam beberapa tahun lagi pun akan sampai juga THE END kita

dan x salah pun untuk merendahkan ego kita
kerana kita ni x akan ke mana pun dengan ego tinggi melangit kita




P/S : x tahu la apa yang aku dah bebelkan
tapi apa yang baik ambil jadi pedoman
dan
yang x elok
tinggal jauh2!!!


TERIMA KASIH
nadh.

Monday, April 23, 2012


okay
interview
heh

soalan pertama:
apa pendapat anda tentang kewujudan mazhab dalam masyarakat islam kini?

erk =='

soalan kedua:
apa yang anda tahu tentang program transformasi negara?

:) nasebla tahu

soalan ketiga:
anda nak join BERSIH?

LOL

soalan keempat:
PTPN wajar hapus atau tidak?

(bergantung la cara kerajaan urus duit)

soalan kelima:
terangkan 1 penyakit yang anda tahu

*kanser serviks and bla3*



haha
interview untuk medic.

semua mke skema2 je
rambut sikat rapi siap minyak berkilat
huh

tak tahan(2x)

*semoga Allah memberikan yg terbaik untuk aku*
(geology hidup!!!)

Friday, April 13, 2012


haha
satu malam yang indah
di satu kawasan di johor bahru

'akak!nak order.'
'jap ea dik'
'okeh2'

3 minit kemudian...

'nak order ape dik?'
'nak (bla2)......eh kak, kat sini ada ikan fresh x?'
'ada2, jom tgok'

haha

'ikan ni kecikla kak, kasik 2 la'
'okayyy~nak masak apa ni dik?'
'sweet sourla kak'

yum2

'dik, kat sini takde sweet sourla'
'haah?LOL la akak nih.'
'kteorg cme masak 3 rasa, bakar,masam manis...'

eh?

'akak!sweet sour tu masam manisla'
'hahahahahaha'
'LOL la akak nih'
'sorry la dik'

*pengajaran: cuba guna bahasa yang semua orang faham.


murmur your blessings everyday

Wednesday, April 4, 2012


=='
okeh2
hari ni saya kena masak
ulang suara
MASAK

lol

heisyh
runsing
gundah gulana
hati kacau
jiwa x tenang

anyway aku kena masak juga memandangkan kat garage xde kereta

LOL

'sup sayur'

haha

mesti ada orang cakap

'ceh, sup sayur pun nak bising.aku masak nasi beriani untuk kenduri xde nye nak bising2'

ape seyh aku kesah.lol

tumis2
kacau2
campak2
gaul2?

okeh2
part ni paling susah
taruk garam

haha
tastebud aku mmg la berfungsi sangat
hoho


but finally

HAMDALAH
sup sayur siap dengan jayanya

moral values:
1.jangan takut mencuba
2.jangan malu bertanya
3.kalau nak hidup kenala belajar nak survive


~murmur your blessings everyday~

Monday, April 2, 2012


april 3, 2012
0230

tiba2 phone berbunyi
...
'yes?'
'weyh, *** accident la..'
'what??'
'dia accident tadi kereta langgar dia'
'kat mane sekarang?'
'KT.KT..meh la datang'
'sekarang 2.30 der'
'aah la, kau datang esok la, sian dowh dia'
'parents dia tahu x?'
'dah2'
'aku roger kau la esok bila aku dah sampai'
'tq~ni la kawan'

0600

lepas subuh.siap2.vrooomm to KT



*okeh2.patah kaki siap*

ni lah reunion paling ramai yang datang
*penang.perak.johor.kelantan.melaka*semua turun.lol
ni lah kawan
bila susah senang sama2
bukan senang nak dapat kawan cam nih

1000

dah ramai yang nak balik dah
ada yg dari penang semata2 turun nak tengok kawan sorang nih

***: nadh, kau tunggu la aku. parents aku lom sampai. bosan la cakap ngan dinding.

hak.hak.hak

nadh: beres la kawan. kejap je pown

1230

yeay!!!!
akhirnya parents *** pun sampai
aku apa lagi, log out FB, twitter segala bagai nak angkat kaki balik

mak ***: nadh nak balik dah?
nadh: ala aunty, rumah jauh ni.haha.nnt ibu bising pulak balik lambat2

LOL~

bapak ***:nah amek la sbb dah tolong jagakan *** ni sekejap

*hulur duit*


nadh: ala uncle, jaga kawan je pown. saya tak berkira la.

LOL~
*dlm hati..rezeki3~*

bapak ***: ambik je la.sejak bila jadik pemalu plak nih
pergh pak cik ni.haha
nadh: kawan la uncle.nnt saya susah dia tolong pulak
bapak ***: kalau camtuh okey la

caw lu uncle aunty.

HAHA
HAHA
HAHA

bila berkawan tu
kenala sama2 tolong-menolong
barulah namanya kawan
hi kawan
LOL


Tuesday, March 27, 2012


apakah kita sudah bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya?

*ada orang bila dapat result kemain gempak dia jadi lupa daratan kejap
*ada orang result dia gempak camne pun dia biasa sahaja
*ada orang bila result kuar gempak dia pergi jumpa cikgu cakap tq

TAPI

segempak mana pun result kita

*jangan lupa daratan
*jangan lupa cakap terima kasih kat cikgu2
*jangan lupa cakap tahniah kat ibuayah ada anak macam ni(haha)
*jangan lupa pergi buat sujud syukur
*jangan lupa cakap congrats kat kengkawan
*jangan lupa doa untuk yang terbaik untuk hari2 yg mendatang

SEBAB

orang kekadang ingat lepas dapat result
fuuuuuhhhhh..lega
boleh ronggeng lepas nih tiap2 malam
tapi sebenarnye kehidupan sebenar baru je bermula
masa nilah kita diduga

*stres tetiba tak tahu nak sambung apa kat U
*stres sbb nak mintak scholarship tapi qualification tak lepas
*stres sebab tergaduh ngan makbapak degil nak amek course tertentu
*stres bila x dapat interview
zaman stres bermula

NAMUN

segala yang stres tu boleh je kita hindari dan elakkan
dengan..

*doa banyak2 pada Allah dengan seikhlasnya
*bangun malam sekerap2nya beribadah
*mintak orang lain doakan kita terutamanya ibuayah
dan byk lagi~

JADINYA

menapaklah ke depan dengan langkah yang bersemangat kerana kita adalah aset berharga



murmur your blessings every day